Wednesday, 28 October 2015

DEFINASI PERLINDUNGAN PENDAWAIAN.

perlindungan pendawaian adalah suatu sistem pemencilan /pengasingan dan pensuisan serta system perlindungan yang mesti ada di dalam setiap pendawaian domestik. Pengasingan dan Pensuisan.


Contohnya suis, palam kuasa dan soket alir keluar serta pemutus litar. Ianya berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan secara manual pada sesuatu litar tanpa mengganggu litar lain. Ia bertujuan untuk mencegah bahaya renjatan elektrik semasa penyenggaraan, pengujian, mengesan kerosakan dan pembaikan

JENIS-JENIS PERLINDUNGAN PENDAWAIAN.
MCB ( MINIATURE CIRCUIT BREAKER )
MCB merupakan kepekaan dari miniature circuit breaker (bahasa inggeris).Biasenye MCB digunakan oleh pihak PLN untuk membatasi arus sekaligus sebagai pengaman dalam suatu instalasi listrik.MCB berfungsi sebagai pengaman hubung singkat  (konsleting) dan juga berfungsi sebagai pengaman beban lebih.MCB akan secara otomatis dengan segera memutuskan arus bocor kebumi.

                                


        ARUS NOMINAL YANG TERDAPAT PADA MCB.
          a)1A,2A,4A,6A,10A,16A,20A,25A,32A,dan lain sebagainya.

         FUNGSI-FUNGSI MINIATURE CIRCUIT BREAKER (MCB)
     

          a)Pengaman hubung singkat
          b)Mengaman beban lebih.
          c)Sebagai sakelar utama.
          d)Pemutusan MCB kerana Elektromagnet.
          e)Pemutusan kerana panas.


RCD/RCCB (RESIDUAL CURRENT DIVICE).

 Pemutus arus baki (PAB atau RCD,turut dikenali sebagai pemutus litar arus baki (PLAB atau RCCB),adalah sejenis pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus yang memutuskan bekalan elektrik apabila ia mengesan arus elektrik yang tidak seimbang antara arus pada wayar hidup dengan arus pada wayar neutral.Peranti arus baki direka supaya dapat memutuskan litar dengan pantas untuk mengurangkan bahaya akibat renjatan elektrik.
  

Terdapat tiga jenis utama PAB(Peranti arus baki) yang sering digunakan dalam sistem pendawaian elektrik.

        a)Pemutus litar arus baki (RCCB) –merupakan sejenis pemutus litar bocor ke bumi
         (PLBB)kendalian arus yang ditambah PAB.Fungsinya sama seperti PLBB konvensional.

        b)Pemutus arus baki dengan perlindungan arus lampau (RCBO) –merupakan sejenis pemutus litar arus lampau yang ditambah dengan fungsi pemutus litar arus baki.

        c)Penyampuk kegagalan bumi (GFI) –digunakan pada sistem fasa tunggal tiga dawai (belahan fasa) seperti di america utara.Fungsinya sama seperti PAB konvensional.



KOMPONEN PAB (PERANTI ARUS BAKI).

       -Penyambung fasa/ neutral dari suis utama
       -Penyambung fasa/ neutral ke sambungan litar kecil /penyambung neutral   
        Pengguna.
       -Suis” reset ”.
 -Sesentuh.
        -Solenoid.
        -Gelung pengesan – terdiri daripada tranformer arus.
        -Litar pengesan arus baki.
        -Butang ujian.
        -Wayar ujian (bagi operasi butang ujian).


 SUIS UTAMA DAN FIUS ELEKTRIK.

Dalam elektrik ialah sejenis peranti perlindungan arus lampu korban.Ia pada asasnya adalah seutas wayar logam atau kepingan yang cair apabila terlalu banyak arus mengalir,yang memutuskan jaringan elektrik yang dismabungkannya.Litar pintas,beban lampu atau kegagalan peranti sering kali merupakan sebab arus lebih.

Fius memutuskan arus lampau (terbakar) agar kerosakan lanjut disebabkan lampau panas atau api dapat dielakkan.Peraturan pendawaian sering kali mentakrifkan tahap maksimum arus fius bagi litar tertentu.Fius dipilih bagi membenarkan laluan arus normal dan arus lebih hanya pada tempoh pendek.





  SUIS.

suis merupakan sejenis alat yang boleh memutuskan litar elektrik menghentikan aliran arus elektrik  ataupun mengalihkan arah aliran dari satu pengalir ke pengalir yang lain. Jenis suis yang paling lazim ialah jenis kendalian elektromekanikal dengan satu atau lebih set sesentuh elektrik. Setiap set sesentuh boleh jadi salah satu daripada dua keadaan - sama ada 'tertutup' yang bermaksud kedua-dua sesentuh adalah bersentuhan dan membenarkan aliran elektrik, ataupun 'terbuka' yang bermaksud sesentuh adalah berasingan dan tidak mengalirkan arus elektrik.

SUIS TERBAHAGI KEDAPA DUA IAITU :

SESENTUH.
Dalam bentuk yang paling mudah, sebuah suis terdiri daripada dua keping logam yang dipanggil sesentuh yang bersentuhan untuk menyambungkan litar, dan berasingan untuk memutuskan litar. Bahan sesentuh dipilih berdasarkan ketahanannya daripada kakisan, kerana kebanyakan logam membentuk lapisan oksida yang bersifat penebat yang boleh menghalang suis daripada berfungsi. Bahan sesentuh juga dipilih berdasarkan kadar pengaliran elektrik, kekerasan (ketahanan daripada kehausan), kekuatan mekanikal, kos yang rendah serta kandungan bahan toksik yang rendah.

PENGGERAK.
Bahagian bergerak yang memindahkan daya pengendalian kepada sesentuk dipanggil penggerak, yang mungkin boleh jadi dalam bentuk togel, jumpelang, butang atau apa sahaja jenis pautan mekanikal.

PERSUISAN BERBILANG ARAH.
Pensuisan berbilang arah boleh dilakukan melalui kombinasi pendawaian dua atau lebih suis dalam sesuatu litar. Teknik pensuisan berbilang arah sering digunakan bagi pendawaian lampu di tangga bangunan ataupun di laluan koridor yang panjang.

POWER POINT (LITAR KUASA/LITAR AKHIR SS 13A)
Litar akhir adalah litar yang yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik.Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah :
a)    Untuk mengelakkan bahaya apabila berlakunya kerosakan iaitu dengan memastikan bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak melebihi daripada yang sepatutnya.
b)    Untuk memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pepasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan,pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain.
c)    Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku kepada sesuatu litar itu merebak ke litar yang lain.

Litar akhir bagi soket alur keluar

     Ia boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

      Litar jejari
litar yang di sambungkan kepada soket alur keluar dan berakhir pada soket
alur keluar yang di hujung sekali.

b          Litar gelang
litar yang di sambungkan kepada beberapa soket alur keluar dan berakhir
pada punca masukannya di papan fius agihan.

           Sulur
merupakan satu cabang kabel yang di sambungkan pada litar jejari dan litar
gelang

No comments:

Post a Comment